Sunday, March 8, 2009

.:Cherish Life & Love:.

life is fragile....
life is to be appreciated and cherished...
not to be made fun and played with...
and definitely not to be wasted..........


love is a feeling...
love can be blind...
love can be triggered at the first sight...
love is complex.....

however.......

before starting to love somebody.....

the first thing to do ..is to love yourself...
if you dunno how to love yourself
u can never love others...
and don't have the rights to love others...
cos you dunno how to love...

3 comments:

Anonymous said...

omg~ cik adik manis
apa telah terjadi ni? kenapa tak tidur dengan nyenyak? apa yang sedang merunsingkan anda sehingga menjadi macam ni.

macam tu sudah jadi tak cantik dan kulit muka akan kering cepat.
tapi jangan risau, i ada satu resipi tersendiri untuk mengelakkan perkara ini terjadi.
Makan banyak tomato kerana Kandungan khasiat tomato mambantu memperbaiki struktur tisu kulit. tak mudah kering dan kedut.

tentang assignment anda, i tak tau mau macam mana cakap, tapi i pernah cakap "Remember work smart not work hard. Don't give yourself too much pressure and burden. If not it will become Tension and change to Crazy."

tentang masalah anda, i tak tau apa masalah anda dan tak tau apa pilihan yang anda buat, tapi i memang memahami perasaan anda semasa memikirkan pilihan. sebab anda risau adakah pilihan anda betul atau tidak.

Nasihat:-
Meratap nasib, tidak ada seorang pun yang dapat menolongmu kecuali kamu menolong dirimu sendiri.

Jika anda membiarkan sesuatu yang kecil berlaku, anda akan menemui kedamaian yang kecil juga. Jika anda membiarkan lebih banyak hal yang berlalu, anda akan meraih lebih banyak kedamaian. Jika anda benar-benar membiarkan keseluruhannya berlalu, anda akan mendapatkan seluruh kedamaian.

Semua orang yang berusaha meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuannya, pasti tahu bahawa hidup akan lebih mudah dijalani bila kita selalu berfikiran positif.


Jika anda fikirkan tentang hari semalam tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, bermakna anda akan berada dijalan yang benar untuk menuju kejayaan.
Pandanglah hari ini. Kelmarin sudah menjadi mimpi. Esok pula akan menjadi sebuah visi, tetapi hari ini yang sungguh nyata menjadikan kelmarin sebagai mimpi kebahagiaan dan setiap hari esok sebagai visi harapan.

Kebahagiaan akan datang jua jika kita berhenti mengeluh tentang masalah yang kita hadapi.

Jika seseorang berpegang pada keyakinan, maka hilang kesangsian. Tetapi jika seseorang yang telah berpegang pada kesangsian akan hilang keyakinan.

Tiada satu perkara pun yang mustahil apabila tuhan perkenankan.

remember this in previous comment:-

Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, depressi dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kesukacitaan dan pengharapan.

Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan sesi yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah di sekeliling kita? Saya percaya kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.

tentang cinta:-
Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, tiba-tiba badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki CINTA. Tidak lama kemudian, kelihatan KEKAYAAN, sedang mengayuh perahu.

“KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolonglah aku!” teriak CINTA. Dengan segera KEKAYAAN pun menjawab, Ohh! Maafkan aku, CINTA!” kata KEKAYAAN. “Perahuku telah penuh denagan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagipun TAK ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini.”

CINTA amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat KEGEMBIRAAN melintas di depannya dengan sebuah perahu.

“KEGEMBIRAAN! Tolonglah aku!” teriak CINTA. Oleh kerana KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana dia menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriak CINTA. Air semakin meninggi membasahi CINTA sampai ke paras pinggang dan CINTA semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah KECANTIKAN di depannya.

“KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!” teriak CINTA.

“Wah, CINTA kamu sudah basah dan kotor. Aku TAK boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini.” sahut KECANTIKAN. CINTA amat sedih mendengarnya. CINTA mula menangis terisak-isak.

“Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?”

Ketika CINTA sedang menangis, lalulah pula KESEDIHAN dengan perahunya.

“OH, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu,” kata CINTA.

“Maaf, CINTA. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian…” kata KESEDIHAN sambil terus mendayung perahunya. CINTA sudah mula putus asa, air semakin naik dan akan menggelamkannya. CINTA terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. “ Oh, Tuhan tolonglah ku, apa akan terjadi pada dunia tanpa AKU?” tanya CINTA.

Pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya,”CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. CINTA pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru CINTA sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. CINTA segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.

“Oh, orang tua tadi? Dia ialah ‘WAKTU”.” Kata orang itu.

CINTA pun bertanya lagi. “Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku’” tanya CINTA kehairanan.

“Sebab, hanya WAKTUlah yang tahu betapa berharganya CINTA itu…”kata orang itu. Setelah itu, fahamlah CINTA akan kepentingannya di dunia ini.

Yang Lain nasihat, sila merujuk yang lama comment. Selepas anda bacakannya, i berharap ia dapat membantu anda.

Jikalau ada masalah lagi, anda boleh e-mel kat aku dekat
hgl_4eva@yahoo.com

Kadang-kala, menyatakan masalah anda kepada seseorang yang anda tidak kenali (aku), lebih memudahkan kerana i percaya kawan anda terlalu memahami anda dan tidak dapat bagi nasihat yang baik. disebabkan mereka terlalu memahami anda, mereka tidak tahu nasihat yang mana dapat menolong anda kerana tak mau anda bersedih.

i hanya nak beritahu anda, kadang-kala orang yang tidak memahami anda lebih senang bagi nasihat sebab i tak berapa kenal atau masak perangai anda.

tapi anda mesti menjaga kesihatan anda dan jangan terlalu memikir. kita harus berehat cukup kerana tidak cukup tidur akan menjejaskan kesihatan dan senang membuat andaian atau pilihan yang salah.

Take care, ada apa masalah bagitau aku.

* §ΰйпιΞ ☼ Śђάи * said...

HGL.....
betul-betul ribuan-ribuan terima kasih atas nasihat kamu yang amat bermakna tu...dan i akan ingat apa yang dinasihati...walaupun kadang-kala i akan dibutai oleh pemikiran negatif saya...tapi...i akan cuba ingat nasihat-nasihat tu dengan bersungguh-sungguh dan harap...suatu hari...i dapat buat apa yang patut tanpa kerisauan dan pemikiran yang terlampau banyak....
Thank you so much HGL...

and your story about cinta and waktu....it is really very meaningful...and i really love it...like i said...i will try to remember all ur advice hard..and hope one day...i can do things without being so pessimist...

u r like always there to give me advice whenever i am down...i thought u were gone for the past few months...and now u r back...thank u for being back...

seriously...i always write in English...and u always reply me in Malay...good Malay....and u really makes me wanna know who u r exactly...cos u r like my blog's fans....my blog reader...and also like a virtual fren to me...and it really makes me curious to know who u r...with such good advice...and Malay....at times i really wonder..are you a malay...haha...

anyway...thank u once again...
and hope that u will continue to read my posts... :)

Anonymous said...

cik adik manis,
I hanya seorang insan yang biasa seperti anda jua. I lebih suka cara kita berhubung sekarang sebab lebih mudah untuk saya memberi nasihat kepada anda. Sebab I percaya, kadang-kala kawan di sekeliling tidak dapat memberi nasihat yang bagus, sebab mereka terlalu mengenali dan memahami anda.

Disebabkan mereka tidak mahu anda menangis atau sedih, mereka sentiasa memberi nasihat yang tidak sesuai atau tidak memberi sebarang nasihat atau menyatakan sesuatu yang tidak sedap didengar atau memberi alasan dan nasihat mengikut keadaan yang menyokong keputusan pilihan anda. Kawan sentiasa memberi alasan yang baik semasa berada di keadaan yang baik tetapi memberi alasan yang buruk selepas masalah timbul.
I tak setuju cara seperti ni, sebab cara semua ini tidak dapat menolong anda menghadapi masalah dengan TABAH HATI. I rasa kalau betul-betul kawan setia, mereka akan sentiasa menolong anda menghadapi masalah dari mengelakkan masalah dengan menggunakan cara cepat, senang dan salah. Sebab I percaya, kalau kita tak hadapi masalah untuk mendapatkan sesuatu, kita tak tau betapa berharganya sesuatu itu. Kadang-kala kita harus percaya kita dapat mengubah keadaan atau sesuatu jika kita ada KEPERCAYAAN yang TEGUH.

tetapi, seperti kita sekarang, saling tidak mengenali. lebih bagus sebab i dapat memberi nasihat tanpa memikirkan banyak. sebab i percaya, jika kita memerlukan nasihat, kita memerlukan nasihat yang baik dan buruk sekali. macam tu baru kita dapat tahu adakah pilihan kita betul atau salah.

I tak tahu apa terjadi dan masalah anda, tapi I rasa semua insan masalah adalah sama. Keluarga, kawan, kekasih, kewangan dan kesihatan.

Anda harus menghargai diri sendiri, orang yang disayangi seperti keluarga dan kawan terutamanya orang yang anda kasihi dan cintai. Sebab kehilangan mereka akan membuat anda menyesal di kemudian hari. Hargai mereka sebelum terlambat.

Tapi ingat hubungan dengan keluarga dan kawan adalah selama-lamanya. Sebab tak kira apa masalah yang timbul, mereka tetap keluarga dan kawan dan ini adalah kenyataan yang tidak boleh berubah. Tetapi bukan orang yang anda kasihi dan cintai, sebab i percaya bukan mudah mencari seseorang yang sesuai yang boleh menjadi teman. Jika kita dapat menemui orang yang dikasihi dan cintai, hargai si dia sesungguhnya sebab kehilangan si dia akan membuat kita rungsing dan menyesal.
I percaya mereka (Keluarga, kawan, kekasih) akan maafkan anda tak kira apa yang telah anda buat.

Ingat jangan selalu membuat sesuatu yang melukakan hati dan merugikan sendiri.
anda perlu membuat diri sendiri rasa gembira jua sebelum membuat orang di sekeliling gembira.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang
mencari dan mereka yang mencuba, Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang hadir dalam hidup mereka.

Is ALL IN OURs HANDS TO DO IT. Nothing comes NATURALLY without FIGHTING for it. Is all about time.
Remember lastly, Care about your Feelings and YOURSELF before you care your LOVE ones. This is Life, Circle of LIFE.
Once you had a Happy feeling, and
when it flown away, it will become LUCK for you.

Kalau anda ada masalah yang timbul lagi, anda boleh e-mel dekat i. I bukan menghilangkan diri pada bulan-bulan lepas. I hanya sibuk dengan pekerjaan i. masa tu I takde masa untuk memberi nasihat kepada anda. I harap I tak terlambat untuk memberi nasihat yang bernas.

pekerjaan i perlu menggunakan bahasa melayu, sebab tu i dah biasa cakap dalam bahasa ini. bahasa inggeris pun boleh tapi tak berapa fasih.

I sentiasa akan menjadi kawan lutsinar kepada anda.
Jaga diri dan rehat secukup-cukupnya. Sebab kita tidak akan bersikap RASIONAL jikalau kita tak cukup tidur dan rehat. Otak kita perlu rehat jua. Dengarlah muzik yang perlahan seperti lagu tepi pantai seperti ombak pukul pantai. Ia akan melegakan otak dan dapat melupakan segala-gala masalah.